PAS Selangor kecam tuduhan Sarawak Report

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor mengecam tuduhan Sarawak Report yang mendakwa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, dakwaan itu bukan berdasarkan fakta atau bukti  tetapi berdasarkan 'kecurigaan yang meluas'.

Oleh yang demikian, katanya dakwaan itu adalah khabar-khabar angin semata-mata.

"Khabar angin yang kami yakin diwujudkan oleh mereka yang berniat jahat untuk memburukkan PAS.

"Kami juga yakin rakyat akan menolak dakwaan ini kerana ia adalah tidak lebih dari 'sembang-sembang kedai kopi'," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau menambah, jika 'sembang-sembang kedai kopi' boleh dianggap sebagai bukti yang kukuh, maka masyarakat akan menjadi huru-hara. - HARAKAHDAILY 9/8/2016

Share on Myspace