Darah para pejuang adalah 'bahan bakar kemenangan'

HARAKAHDAILY | .

Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyah dilaporkan telah mengatakan bahawa darah para pejuang yang gugur selama persiapan dan latihan misi adalah "bahan bakar untuk kemenangan".

Haniyah mengatakan hal ini semasa penyertaan beliau di tanah perkuburan Khaled al-Hor, ahli al-Qassam pada Ahad (7/8/2016). Al-Hor adalah ahli al-Qassam yang gugur ketika runtuhnya terowong pada Jumaat (5/8/2016), lapor Palestinian Information Center (PIC).

Haniyah memuji anggota pasukan perjuangan Palestin di Gaza yang telah bekerja siang dan malam. Mereka terus bekerja untuk melakukan persiapan bagi menangkis setiap serangan Israel yang mungkin menimpa warga Palestin.

Ribuan warga Palestin yang dipimpin oleh para pemimpin politik dan tentera senior Hamas berarak dalam perarakan pengebumian syuhada di kem pelarian al-Bureij, selatan Gaza.

Beberapa insiden terowong runtuh berlaku baru-baru ini di Gaza dan telah mengorbankan 18 pejuang. Sebab keruntuhan terowong ini masih belum jelas. Pembangunan terowong telah membantu al-Qassam melancarkan beberapa serangan balas terhadap tentera Israel semasa perang pada 2014. [Islampos]

Share on Myspace