Akta 355: Kami sedia dialog dan debat

HARAKAHDAILY | .

Pindaan Akta 355 semakin mendapat perhatian umum. Antara yang menyokong dan menentang mewakili kumpulan masing-masing. Kami dari pihak PAS sejak awal bersedia pada bila-bila masa untuk berdialog bagi menyingkap kekeliruan.

Kepada pihak ingin mencari kebenaran dan mendapatkan pencerahan, kami sedia hadir untuk berdialog dan memberi penerangan.

Kepada pihak yang menentang dan berhujjah untuk menolak keperluan pindaan Akta 355, kami sedia hadir untuk berdebat bagi mempertahankan kebenaran dan kewajaran.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 12/8/2016

Share on Myspace