Turki rancang hantar bantuan kedua untuk Gaza awal Sept

HARAKAHDAILY | .

Perdana Menteri Turki, Binali Yildrim berkata penghantaran bantuan kedua untuk Gaza dirancang dihantar awal September, menjelang Idul Adha, lapor Daily Sabah, semalam.

Yildrim bercakap kepada pemberita selepas menerima Menteri Luar Negeri Palestin Riyad al-Maliki di Istana Çankaya di Ankara, mengatakan bahawa bantuan Turki untuk Palestin akan  berterusan.

Sementara itu Maliki berkata, negara Palestin dan rakyatnya menyokong penuh kerajaan Turki yang terpilih secara demokratik daripada usaha rampasan kuasa keji pada 15 Julai lalu.

Maliki juga menyuarakan kebimbangan mengenai situasi terkini di Masjid al-Aqsa dengan menyatakan bahawa keadaan tapak suci itu kini semakin kritikal. [Islampos]

Share on Myspace