Ikatan dekati anak muda melalui sukan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ikatan Selangor hari ini mengambil inisiatif dengan mendekati golongan muda melalui sukan, walaupun sebelum ini telah ada parti-parti politik yang lain menggunakan konsep ini namun Ikatan merasakan belum terlambat untuk parti ini mendekati golongan muda dengan cara bersukan.

“Bagi memenuhi matlamat ini, Ikatan Selangor telah menaja satu pasukan futsal untuk kejohanan Futsal Piala Pengarah Audit Negeri Selangor 2016 yang berlangsung di KSL Sports Futsal, Puchong.

“Ikatan Selangor berpendapat dengan penyertaan ini, ia dapat mempromosikan nama Ikatan dikalangan golongan muda sekaligus dapat menarik minat golongan muda mendekati parti ini,” ujar Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman, Pengerusi Ikatan Selangor.

Menurut beliau, walaupun pimpinan politik mempunyai tugas dilapangan terutama dalam memastikan kestabilan ekonomi negara dan rakyat, namun golongan musa tidak harus diketepikan kerana mereka merupakan pengundi yang paling besar pada pilihan raya umum akan datang.

Ikatan Selangor juga berhasrat untuk menganjurkan kejohanan futsal pada masa akan datang dengan membuka penyertaan kepada semua peringkat media, parti politik, ngo serta pasukan-pasukan  futsal yang di luar.

“Ikatan Selangor berharap aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan bukannya bermusim,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 13/8/2016

Share on Myspace