PAS, Ikatan bentuk persefahaman Gagasan

SUFI NAZ | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Gagasan Sejahtera (GAGASAN) sebagai satu persefahaman politik (political understanding) antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, Jawatankuasa Bersama antara PAS dan IKATAN telah bersidang pada 2 Ogos lalu di Pejabat Agung PAS telah sebulat suara bersetuju bahawa ia menjadi satu gagasan baru kepada landskap politik negara.

Di samping itu, ia turut menawarkan satu pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.

Turut hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Presiden IKATAN Tan Sri Dato' Seri Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzil, Setiausaha Agung IKATAN serta para pimpinan tertinggi kedua-dua parti tersebut. – HARAKAHDAILY 13/8/2016

Share on Myspace