Fitnah: PAS akan saman Sarawak Report

NUR HASMIRA MOHAMAD | .

KUALA LUMPUR: PAS mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan yang dikeluarkan oleh portal Sarawak Report yang mempunyai niat jahat dan mencemarkan nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada tunjang perjuangan PAS.

Pengumuman tersebut dibuat pada hari ini oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada sesi sidang media selepas mensyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang bertempat di Pejabat Agong PAS.

"Kita akan membuat keputusan untuk membawa kes ini ke mahkamah di England kerana difahamkan media ini adalah berpusat di England," kata Presiden PAS.

Perkembangan tindakan tersebut akan diumumkan dari semasa ke semasa dan dijangkakan ia akan difailkan dalam jangkamasa terdekat ini. – HARAKAHDAILY 13/8/2016

Share on Myspace