Bekas AJK PAS Pusat kembali ke rahmatullah

HARAKAHDAILY | .

Tuan Guru Abdul Hadi sewaktu menziarahi Abdul Wahab di kediamannya di Kampung Molek, Dungun.

KUALA LUMPUR: Bekas AJK PAS Pusat, Haji Abdul Wahab Yunus telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.30 petang tadi di Dungun, Terengganu.

Menurut Ketua Media PAS Kawasan Dungun, Naraza Muda solat jenazah akan disempurnakan jam 10.00 pagi esok di Masjid Intan Zaharah, Dungun.

Haji Abdul Wahab pernah menerima Anugerah Tokoh Jubli Emas PAS Terengganu pada 2006.

Berikut adalah sedikit maklumat dan latar belakang arwah:

Abdul Wahab Yunus merupakan bekas Adun Ulu Dungun (1964-1969) setelah menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1964.

Seterusnya menjadi Ahli Parlimen Dungun (1969-1978) setelah menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969. Ketika PAS dijemput masuk menyertai Barisan Nasional pada era Tun Abdul Razak, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (14 April 1977-17 November 1977).

Kemudian beliau menjadi Pengurus Lapang Kupar Development Co. Sdn Bhd di Bandar AMBS, Dungun (1979-1982) dan Pengerusi Getex (M) Sdn Bhd, Dungun (1982).

Beliau yang menyertai PAS pada 9 Ogos 1956. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Dungun (1957-1960), Ketua DPP Dungun (1960-1961), Setiausaha PAS Kawasan Dungun (1960-1975), Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun (1979-1983), Ketua DPP Negeri Terengganu (1965-1969), Bendahari, Setiausaha dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu (1968-1975), Pesuruhjaya PAS Terengganu (1975-1982), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1973-1975), Bendahari Agung PAS (1977-1979) dan AJK PAS Pusat (1979-1983). - HARAKAHDAILY 14/8/2016

Share on Myspace