Jemaah awal dari serata dunia mula banjiri Madinah

ASLANI M | .

MADINAH: Kota Raya Madinah kini mulai sibuk menerima tetamu Allah yang datang dari seluruh dunia sebagai persediaan awal menghadapi ibadat haji yang akan bermula 8 Zulhijah ini.

Lapangan terbang diraja Madinah mulai sibuk dengan kedatangan pesawat yang semakin bertali arus.

Pagi kelmarin peawat dari Malaysia membawa hampir 500 jemaah mendarat dengan pesawat KT18, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut membawa jemaah dari Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur mendarat di lapangan terbang Madinah jam 8.30 pagi.

Selepas menunggu hampir 4 jam di lapangan terbang, jemaah kemudian dibawa ke hotel di sekitar Masjid Nabawi.

Sebelum itu ketika dalam perjalanan ke Madinah pesawat agak bergegar ketika melewati Lautan Hindi.

Malah keadaan yang serupa juga dialami jemaah haji yang datang lebih awal ke Arab Saudi.

Ketika melalui kawasan Masjid Nabawi, orang ramai memenuhi masjid sehingga keadaan kelihatan begitu sendat. – HARAKAHDAILY 15/8/2016

Share on Myspace