Turki sambut cucu generasi kelima Uthmaniyyah

HARAKAHDAILY | .

Turki menyambut lahirnya cucu generasi kelima daripada Sultan Uthmaniyyah Abdul Hamid II pada Jumaat lalu, putera termuda daripada Empayar Uthmaniyyah Abdulaziz Osmanoglu kini mula menyapa dunia.

Osmanoglu lahir di Hospital Memorial Swasta di Bahçelievler pada pukul 10.00 waktu tempatan, bayi bermata biru itu lahir daripada pasangan Walaa Osmanoglu dan Abdulhamid Kayıhan Osmanoglu, dipetik dari web Islampos.

Abdulaziz Osmanoglu juga merupakan cucu ke-9 dari Sultan Harun Osmanoglu, anggota dari Dinasti Ottoman.

Harun Osmanoglu adalah cucu generasi ketiga dari Sultan Empayar Uthmaniyyah ke-34 Abdulhamid II. Dia ketika ini tinggal di Istanbul dan mempunyai sembilan cucu daripada dua putera dan puterinya.

Sultan Abdul Hamid II dikenali kerana dedikasinya untuk ilmu pengetahuan dan teknologi. Beliau terpesona dengan majunya ilmu pengetahuan pada abad ke-19, banyak mengimport peranti teknikal yang menarik perhatiannya di luar negara.

Share on Myspace