Dunia 'buta' rejim Assad kembali guna senjata kimia

HARAKAHDAILY | .

Akhbar Inggeris The Guardian mengecam keras sikap membisu kerajaan dunia dan masyarakat antarabangsa atas penggunaan senjata kimia yang dilakukan rejim Bashar Assad terhadap orang awam Syria pada minggu lalu.

"Dunia kembali bungkam selepas rejim Syiah Assad kembali menggunakan senjata kimia di Syria," tulis The Guardian dalam terbitannya pada hari Sabtu lalu.

The Guardian meneruskan, "Satu setengah juta penduduk yang saat ini masih berada dalam pengepungan kembali harus dihadapkan pada 2 tragedi kemanusiaan setelah perang berlangsung sejak 5 tahun yang lalu. Pertama adalah bom varel yang dijatuhkan di penempatan awam, dan yang kedua rejim Syiah Assad kini telah mula menggunakan kembali senjata kimia terhadap penduduk kota".

Pada Khamis lalu, para doktor Syria di bandar Aleppo kembali menemui sejumlah pesakit yang menderita gejala mirip terkena gas klorin, setelah pengeboman yang dilakukan helikopter tempur rejim Syiah Assad di bandar Aleppo.

Senada dengan Guardian, akhbar The New York Times juga melaporkan adanya penggunaan bom kimia klorin di persekitaran Sracb di bandar Idlib, tidak lama sebelum pengeboman bandar Aleppo. Tercatat 4 orang awam terbunuh dan puluhan lain sesak nafas akibat menghidu gas beracun tersebut. (Eramuslim)

Share on Myspace