Hanya 32.5% kamera LPT2 berfungsi

HARAKAHDAILY | .

Teguran demi teguran, pendedahan demi pendedahan yang kami bangkitkan berkait Lebuhraya Pantai Timur 2 beberapa tahun ini nampaknya tidak mendapat perhatian serius dari kerajaan baik di pihak negeri mahupun pusat.

Jika mereka 'respons' sekalipun, mereka hanya ambil tindakan sekadar mahu melepaskan batuk di tangga. Tiada tindakan bersungguh-sungguh untuk tangani masalah kecacatan prasarana di sepanjang LPT2.  

Tangani masalah 'camera down'

Tinjauan Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) kepada laman www. jalanow.com yang memaparkan kamera-kamera di sepanjang lebuh raya,  hanya 13 daripada 40 kamera di sepanjang LPT2 berfungsi. Yang lain semua "camera down". Ini suatu keadaan yang sangat memalukan!

Dalam keadaan tol sudah dikuatkuasakan, prasarana-prasaran penting termasuklah kamera pemantau lebuh raya masih lagi tidak berfungsi dengan baik. Bayangkan jika berlaku kejadian yang tidak diingini berlaku, bagaimanakah pihak berkuasa ingin menyiasat dengan baik jika kamera tidak berfungsi?

Saya kira tidak keterlaluan jika saya sebut bahawa ini antara tanda kegagalan Umno dan Barisan Nasional dalam mentadbir serta mengurus negara.

Cukuplah, cukuplah, cukuplah. Beri peluang kepada orang lain pula mentadbir negara demi kebaikan rakyat seluruhnya.

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti)
16 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 16/8/2016

Share on Myspace