PAS Terengganu ucap tahniah kepada Azizulhasni

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Terengganu merakamkan ucapan tahniah kepada Azizulhasni Awang yang telah berjaya merangkul gangsa dalam acara keirin pada Sukan Olimpik Rio 2016, semalam.

"Semoga semangat 'The Pocket Rocketman' ini akan menjadi pencetus semangat kepada bakat-bakat baru terutama dari Terengganu dalam apa jua bidang, bagi mengharumkan nama negara.

"Tahniah Azizul, semoga anda akan lebih berjaya di masa hadapan," ujar Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam satu kenyataan ringkas.

Gangsa yang dimenangi pelumba berusia 28 tahun kelahiran Dungun, Terengganu itu adalah pingat kedua Malaysia selepas penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon memenangi perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita. - HARAKAHDAILY 17/8/2016

Share on Myspace