Jangan gusar anak sederhana dalam pelajaran

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Jangan gusar anak-anak kita sederhana sahaja dalam pelajarannya di sekolah walaupun kita mahukan yang lebih daripada mereka," kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, kesederhanaan itulah yang akan membantu mereka mengenali diri mereka dengan lebih baik pada masa mendatang.

"Lihatlah orang-orang yang cemerlang hari ini, sebahagian besar mereka sederhana sahaja pelajaran mereka dahulu," ujarnya menerusi laman facebook.

Malah, kata beliau, kecemerlangan sebenar akan diperolehi apabila orang cemerlang memilih untuk bersederhana dalam kehidupan.

"Kesederhanaan itu menakjubkan," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. - HARAKAHDAILY 17/8/2016

Share on Myspace