Peng Soon-Liu Ying: Anda tetap juara buat rakyat M'sia

HARAKAHDAILY | .

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah ke atas kejayaan Chang Peng Soon dan Goh Liu Ying mendapat pingat perak Olimpik 2016 di Rio ini.

Anda berdua sudah melakukan yang terbaik malam ini. Rakyat Malaysia berbangga dengan semangat juang anda. Jangan bersedih dan kecewa. Anda tetap menang di hati kami selaku rakyat Malaysia.

DPPM berasa amat berbangga dengan kejayaan pasangan ini dan sudah pasti ini akan membakar semangat buat pasangan beregu lelaki negara untuk berjuang habis-habisan untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia.

Harapan kita tetap terus menyala dengan pasangan beregu lelaki yang akan bertarung esok, iaitu Goh V Shem-Tan Wee Keong dan Datuk Lee Chong Wei yang akan bertemu musuh tradisi beliau iaitu Lin Dan, esok.

Ayuh Malaysiaku!

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
(Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan & Sukan DPPM)
18 Ogos 2016 | 15 Zulkaedah 1437 - HARAKAHDAILY 18/8/2016

Share on Myspace