Mavi Marmara: Israel bayar 20 juta dolar kepada Turki

HARAKAHDAILY | .

SEBUAH rang undang-undang (RUU) mengenai kelulusan undang-undang prosedural antara Turki dan Israel untuk bayaran pampasan kepada mangsa Mavi Marmara telah disampaikan kepada pejabat pimpinan parlimen Turki di Ankara, semalam.

Menurut perjanjian antara kedua-dua negara, Israel akan membayar 20 juta dolar kepada Turki sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.

Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dihentikan selepas pasukan Israel menyerbu kapal bantuan Mavi Marmara Gaza di perairan antarabangsa pada Mei 2010 yang mengorbankan 10 aktivis Turki.

Ekoran dari serangan itu, Turki menuntut permintaan maaf rasmi dari Israel, pampasan untuk keluarga mangsa yang terbunuh, dan penarikan sekatan Israel di Gaza.

Pada tahun 2013, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyuarakan penyesalan atas serangan tersebut.

Ankara kemudian membuat perjanjian dengan kerajaan Tel Aviv pada bulan Jun selepas tiada tindakan selama enam tahun atas insiden Mavi Marmara.

Berdasarkan perjanjian itu, selain bersetuju dengan kehadiran misi kemanusiaan Turki di Gaza, Israel perlu membayar 20 juta dolar sebagai ganti rugi kepada keluarga mangsa Mavi Marmara.

Menurut rang undang-undang, Israel akan membayar wang dalam satu transaksi melalui akaun yang akan dibuka oleh Turki.

Dan Turki akan mengemukakan akaun kepada akaun Israel melalui saluran diplomatik.

Israel perlu menghantar wang dalam masa 25 hari kerja setelah perjanjian mulai berlaku.

Perjanjian itu akan mula berlaku pada ketika kedua-dua belah pihak melaporkan bahawa mereka telah menyelesaikan prosedur undang-undang domestik mereka. [Islampos]

Share on Myspace