RUU 355 buka kejayaan jalan dakwah

HARAKAHDAILY | .

Sejarah tercatat tanggal 26 Mei 2016 yang lalu apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjaya membentang Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta 355 Mahkamah Syariah (1965).

Kejayaan ini telah membawa ruang kepada semua entiti kerajaan, NGO, persatuan, masyarakat muslim dan non muslim secara positif mahupun negatif ke arah dialog dan perbincangan yang boleh membawa kepada kefahaman dalam memahami tugasan dan tanggungjawab sebagai muslim dalam mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seorang muslim.

Kita dapati kini semua pihak yang telah memulakan langkah berani untuk berbicara dan berbincang secara terbuka dalam forum, dialog, wacana yang melibatkan wakil kerajaan dan pembangkang.

Suasana kini kita dapat melihat para ilmuan, dan juga pengamal undang-undang mula membuka mulut dan minda mencambah idea dalam membantu usaha murni ini.

Task force RUU 355 Dewan Pemuda PAS Selangor digerakkan bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti mengajak rakyat khususnya negeri Selangor dapat mendapat maklumat tepat berkaitan dengan usaha murni ini.

Pihak task force juga mengharapkan anak muda dan seluruh rakyat Selangor mengambil peluang yang ada untuk mendapat maklumat berkaitan dari sumber yang tepat.

Perkara ini mampu menjadi kita rakyat boleh menilai sesuatu untuk menerima atau menolak melalui fakta bukan berbentuk persepsi semata-mata.

Saranan juga kepada wakil rakyat yang mewakili parti masing-masing supaya jauhkanlah isu ini dipolitikkan sehingga tergadai hasrat umat Islam dalam usaha menaik taraf Mahkamah Syariah dalam kerangka demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan

USTAZ HANAFI ZULKAPLI
Pengarah Task Force RUU 355
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor - HARAKAHDAILY 18/8/2016

Share on Myspace