Pilu: Foto kanak-kanak Syria diselamatkan dari runtuhan

HARAKAHDAILY | .

GAMBAR menyayat hati seorang kanak-kanak yang baru diselamatkan dari runtuhan bangunan dikeluarkan aktivis pembangkang Syria. Kanak-kanak yang dianggarkan berusia lima tahun itu tertimbus di bangunan hancur akibat serangan udara kerajaan Syria.

Doktor di Aleppo mengatakan anak itu bernama Omran Daqneesh. Seluruh tubuhnya ditutupi debu dengan bahagian kepala berlumuran darah. Dia duduk di bangku ambulans berwarna oren terang dengan tatapan kosong.

Seorang aktivis pembangkang Syria, Osama Abu al-Ezz berkata kanak-kanak itu dicatat sebagai M10 saat diselamatkan tengah malam dari daerah Qaterji. Serangan udara kerajaan menggegarkan daerah yang dikuasai pemberontak itu sebelumnya.

Abu al-Ezz berkata kanak-kanak itu mengalami luka di kepala tanpa menjejaskan otaknya. Daqnessh telah dirawat dan sudah boleh pulang. Mereka mencatatnya sebagai M10 untuk alasan keselamatan. Pasukan keselamatan boleh masuk ke rangkaian perubatan dan mensasarkan ambulans yang sedang memindahkan pesakit dari satu hospital ke hospital yang lain.

Daqnessh adalah satu dari mangsa yang selamat. Aktivis mengatakan ada lapan mangsa dari serangan udara di Qaterji termasuk lima kanak-kanak.

Fotonya tersebar di dunia maya dan kembali menghentak seperti foto Aylan Kurdi yang terdampar di pantai. Foto Daqneesh sedikit menggambarkan apa yang terjadi di Aleppo. Wilayah itu tidak pernah aman untuk kanak-kanak sebaya dengannya.

Video penyelamatan Daqneesh dikeluarkan Aleppo Media Center pada Rabu. Kelihatan seorang lelaki terburu-buru menggendong kanak-kanak itu ke ambulans ketika tengah malam.

Kelihatan Daqneesh tidak menangis, dia memegang kepalanya dan mendapati darah melumurinya. Dia kemudian menggosokannya ke kerusi ambulans. Demikian Republika. [Islampos]

Share on Myspace