Masjid Nabawi makin sesak dengan jemaah

ASLANI M | .

MADINAH: Masjid Nabawi hari ini penuh sesak dengan kehadiran jutaan manusia dari seluruh dunia.

Kelazimannya masjid ke tiga tempat suci di dunia itu, melimpah ke luar, kecuali ruang solat muslimat.

Hari ini jam 11 pagi masjid sudah sendat dengan manusia. Biar pun masjid sudah melimpah namun orang ramai masih bertali arus memasuki ruang  dewan solat.

Bagaimanapun sebahagian yang memasuki masjid terpaksa keluar semula kerana tiada ruang lagi.

Orang ramai terpaksa menunaikan solat di ruang bahagian luar masjid, dataran masjid penuh sesak. lebih-lebih lagi wanita pun datang menunaikan solat Jumaat.

Kehadiran orang ramai ada kaitan musim haji yang bakal menjelang tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 19/8/2016

Share on Myspace