Presiden PAS ucap takziah kematian Adi Sasono

HARAKAHDAILY | .

FIRMAN Allah SWT dalam Al-Quran, menerusi Surah Al-Jumuah, ayat 8:

"Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."

Saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah di atas kembalinya ke Rahmatullah, Al-Marhum Adi Sasono, mantan Ketua Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI) dan mantan Menteri Koperasi di Era BJ Habibie sebagai Presiden Indonesia.

Almarhum adalah tokoh pemimpin dan pejuang ekonomi rakyat yang gigih berjuang sehingga ke akhir hayat beliau.

Semoga Almarhum dikurniakan keampunan oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang soleh di syurgaNya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
17 Zulkaedah 1437H / 20 Ogos 2015M – HARAKAHDAILY 20/8/2016

Share on Myspace