UEFA ancam Celtic peminat kibar bendera Palestin

HARAKAHDAILY | .

Sekumpulan peminat Celtic mengibarkan bendera Palestin ketika kelab itu melayan wakil Israel, Hapoel Be'er Sheva pada pusingan kelayakan Liga Juara-Juara. Pada perlawanan hari Khamis (18/8) di Celtic Park itu, Celtic berjaya menang 5-2.

Kira-kira 100 bendera Palestin dikibarkan oleh para penyokong Celtic di beberapa sudut sebelum perlawanan. Mereka menuntut kemerdekaan Palestin yang wilayahnya dirampas Israel.

Bendera dengan tulisan Free Palestine atau Bebaskan Palestin pun serentak dikibarkan para penyokong pada perlawanan itu.

Glasgow Celtic pun terancam mendapat hukuman daripada UEFA.

Sky Sport melaporkan, UEFA beralasan, tidak mahu unsur politik dimasukkan dalam bola sepak. Selain itu, ketika itu, Celtic menghadapi kelab yang berasal Israel, sehingga melambaikan bendera Palestin tersebut dianggap provokasi.

Menurut peraturan UEFA, hal yang dilakukan penyokong kelab Scotland tersebut dilarang. Menurut badan bola sepak tertinggi Eropah itu, Celtic telah melanggar peraturan yang tertera pada pasal 16 (2).

Ini bukan kali pertama Celtic mendapat dakwaan daripada UEFA berkaitan pengibaran bendera Palestin. Sebelum ini, perkara yang sama berlaku pada Julai 2014 apabila melayan kelab Iceland, KR Reykjavik.

Para peminat Celtic memang merupakan penyokong paling vokal kemerdekaan Palestin. Tindakan mereka malam itu bukan yang pertama kalinya. Pada tahun 2012 lalu, peminat Celtic juga pernah melakukan perkara yang sama. [Islampos]

Share on Myspace