Jet Amerika masuk wilayah udara Syria

HARAKAHDAILY | .

Pesawat-pesawat pejuang Amerika memasuki wilayah udara bandar Hassakeh, Syria, untuk melindungi pasukan khas AS di daratan dari serangan udara pemerintah Syria, kata tentera AS.

Pentagon berkata pesawat-pesawat Syria segera berlalu selepas jet-jet AS masuk.

Warga kota berkata pesawat pejuang kerajaan menyerang kawasan Kurdi di sana selama dua hari terakhir.

Ribuan warga dilaporkan telah meninggalkan rumah mereka.

Sebahagian besar bandar Hassakeh dikuasai militan Kurdi, YPG.

Jurucakap Pentagon Kapten Jeff Davis mengatakan bahawa sejauh yang ia tahu, misi yang berlangsung hari Khamis (18/8) adalah kejadian pertama kemasukan pesawat bersekutu ke wilayah Syria untuk menghadapi pengeboman udara oleh pemerintah Syria.

Tentera AS tidak melakukan hubungan radio dengan pesawat Syria. Kapten Davis mengatakan kepada para wartawan bahawa AS telah memberi amaran kepada Syria melalui saluran komunikasi dengan Rusia bahawa mereka akan melindungi pasukan bersekutu.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah meluluskan penempatan askar-askar pasukan khas di Syria untuk menyokong militia tempatan dalam memerangi apa yang disebut Negara Islam atau ISIS, tapi ia telah berulang kali mengenepikan penghantaran pasukan darat.

Dalam sebuah pernyataan di televisyen, Jumaat semalam, Komando tentera Syria menuduh pasukan Kurdi 'menyerang bangunan-bangunan kerajaan, mencuri minyak dan kapas, menghalang ujian sekolah, menculik warga awam tak bersenjata dan menyebarkan kekacauan dan ketidakstabilan'.

Ini yang membuat tentera melancarkan beberapa serangan, kata kenyataan itu.

Seorang wartawan Kurdi yang berada di Hassakeh, Heybar Othman, mengatakan kepada BBC bahawa itulah pertama kalinya kerajaan Syria melancarkan serangan udara terhadap bandar itu.

Disebutkan, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 33 orang cedera di bandar itu. (Islampos)

Share on Myspace