Kami akan balas serangan udara zionis Israel - Hamas

HARAKAHDAILY | .

Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah (Hamas) menegaskan bahawa penjajah zionis Israel bertanggungjawab penuh atas pengeboman di wilayah tengah dan utara Semenanjung Gaza pada hari minggu (21 Ogos) malam.

"Serangan terbaru ke Jalur Gaza adalah penerusan pencerobohan penjajah Zionis Israel terhadap rakyat Palestin untuk mewujudkan situasi dan keadaan keselamatan di rantau ini," ujar jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri pada dini hari Isnin.

"Insya Allah kami akan tetap teguh. Serangan ini tidak akan berjaya memecahkan kehendak rakyat untuk bersatu dan menghadapi penjajah zionis Israel," tegas Dr Sami Abu Zuhri dipetik portal Eramuslim.

Sekurang-kurangnya 30 bom dijatuhkan pesawat pejuang zionis Israel pada Ahad malam ke atas sejumlah wilayah di tengah dan utara Semenanjung Gaza dan menyebabkan 5 orang awam Palestin dikejarkan ke hospital akibat terkena pecahan bom.

Sementara itu dalam keterangan berasingan, jurucakap tentera zionis Israel Avichay Adraee menyatakan bahawa pengeboman pada minggu malam adalah serangan balasan atas pelancaran sejumlah roket ke wilayah selatan Zionis Israel yang telah menyebabkan 2 warga Yahudi cedera.

Share on Myspace