Serangan udara: 508 rakyat Syria maut dalam seminggu

HARAKAHDAILY | .

Lebih daripada 500 orang awam Syria terbunuh sejak 13 hingga 19 Ogos di beberapa bandar di negara yang dilanda perang itu.

Jumlah tersebut berdasarkan keluaran Local Coordination Commiter (LCC) pada Sabtu (20 Ogos).

Sebahagian besar kematian berlaku akibat serangan udara Rusia dan Syria di Aleppo, Idlib, Damsyik dan Hama.

Berdasarkan keluaran LCC, di bandar Aleppo jumlah kematian mencapai 205 orang, sementara di bandar Idlib berjumlah 93, Homs (52), Damsyik (51), Deir Ezzor (38) dan Hama (34).

Majoriti mangsa mati akibat serangan udara dan pertempuran pasukan yang melibatkan pasukan yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad.  

Seorang aktivis berpusat di Aleppo, Moataz Hamouda berkata, kematian warga awam telah meningkat bersamaan dengan rejim Bashar Al-Assad yang kehilangan banyak wilayah di sana.

Sementara Rusia bertindak balas terhadap kekalahan tentera di Aleppo selepas pukulan kuat pemberontak ke kubu penyokong setia kerajaan.

"Cuba 'meruntuhkan' pengepungan kota dan pengambilalihan benteng ketenteraan oleh pemberontak membuat Syria dan Rusia mengecewakan. Mereka panik dan meningkatkan penggunaan senjata yang dilarang seperti peluru berpandu kelompok hingga fosfor putih dan napalm," kata Hamouda kepada Aljazirah. [Islampos]

Share on Myspace