RUU 355: Geng Ustaz buat laporan polis

HARAKAHDAILY | .

SHAH ALAM: Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) membuat laporan polis terhadap tindakan Persatuan Hokkien Malaysia yang berusaha mendapatkan sejuta tandatangan membantah Pindaan RUU 355.

Presidennya, Ustaz Norazli Musa membuat laporan itu di IPK Seksyen 9, di sini petang tadi.

Laporan polis sebagaimana di bawah.

1. Merujuk kpd usaha PERSATUAN HOKKIEN MALAYSIA mendapatkan SEJUTA tandatangan untuk BANTAH PINDAAN RUU 355, ia telah disifatkan sebagai satu campurtangan yang melampau dan melanggar sempadan kebebasan mengamalkan aktiviti beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Agama Islam sebagai Agama Persekutuan serta semangat RAJA BERPERLEMBAGAAN.

2. Justeru itu kami dari PERTUBUHAN PENDOKONG DAN PECINTA ULAMAK (GU) @ Geng Ustaz membuat lapuran polis terhadap tindakan Persatuan Hokikien Malaysia yang boleh mengundang suasana tegang antara Agama kerana menghasut tanpa melalui proses yang sihat seperti yang sedang berlangsung di Parlimen Malaysia.

3. Kebimbangan kami ada asasnya, betapa kiranya berlaku tindakbalas dari orang awam dari kalangan umat Islam yang merupakan majoriti di negara ini, tentu sahaja boleh mengundang suasana tegang yang mengakibatkan ketenteraman negara terganggu.

4. Oleh itu kami (GU) ingin meminta pihak polis menyiasat langkah Persatuan Hokkien tersebut dibawah Akta Hasutan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka kerana tindakan yang mereka ambil boleh disifatkan ingin menghasut masyarakat bukan Islam untuk menentang dan menghalang orang Islam daripada beramal dengan agamanya. - HARAKAHDAILY 24/8/2016

Share on Myspace