ISIS berjaya diusir dari bandar Jarablus - Erdogan

HARAKAHDAILY | .

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam mengatakan bahawa kumpulan ISIS terpaksa berpindah dari bandar Syria utara, Jarablus susulan operasi ketenteraan Turki.

Bercakap pada sidang akhbar dengan Naib Presiden AS, Joe Biden yang berada di Ankara, ibukota Turki semalam, Erdogan berkata anggota Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan warga Jarablus telah berjaya merebut kembali Jarablus.

Operasi ketenteraan Turki di Syria dilancarkan pada pagi Rabu, ketika meriam dan serangan udara yang diikuti oleh kereta kebal Turki menyeberangi sempadan mensasarkan ISIS dan PYD dalam menyokong Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Jarablus terletak kira-kira 5 kilometer (3 batu) dari sempadan Turki-Syria. [Islampos]

Share on Myspace