Tahniah Sharbini, kini giliran Gani Patail diganti?

HARAKAHDAILY | .

Polemik isu penamatan khidmat pengurusan Petronas anak Sarawak menimbulkan kebimbangan dan refleksi pantas Ketua Menteri dan komen keras pembangkang dan NGO Sarawak.

Untuk rekod, Pesuruhjaya PAS Sarawak dan Ketua Pemuda PAS Sarawak merupakan mantan pekerja syarikat konglomerat terkemuka kebanggaan Malaysia ini. Tindakan keras dan pantas melalui moratorium harus dihormati kerana ia kuasa autonomi kerajaan negeri.

Namun, seperti penegasan Pesuruhjaya PAS Sarawak, tindakan yang diambil perlu memastikan hak anak tempatan seimbang dengan pertumbuhan dan operasi perniagaan syarikat.

Selain isu ramai pekerja bukan rakyat Sarawak diambil dalam syarikat minyak dan gas, kita juga dapati terdapat juga ramai tenaga mahir dan separa mahir dari luar diambil bekerja di sektor peladangan dan perindustrian.

Pelantikan Sharbini Suhaili, kini Naib Presiden Kumpulan Petronas bagi Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti & Alam Sekitar (HSSE), sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Kumpulan Sarawak Energy mengambil alih jawatan daripada Datuk Torstein Dale Sjotveit berikutan penamatan kontrak, amatlah dialu-alukan bagi membuktikan keupayaan anak Sarawak mengetuai konglomerat besar dalam negeri. Tahniah!

Namun, semakan di laman web, masih ada beberapa jawatan peringkat tinggi di beberapa GLC Sarawak masih diisi warga luar Sarawak. Sewajarnya usaha memberi peluang anak tempatan di posisi lebih baik harus menjadi keutamaan bagi memajukan negeri Sarawak,
http://www.cmsb.com.my/y-d-h-dato-richard-alexander-john-curtis/ (Datuk Richard Alexander John Curtis)
http://www.sarawak-hidro.com/Pages/boardOfDirectors.aspx (Tan Sri Gani Patail)

Malahan dengan isu terkini berkait dengan Pengerusi Sarawak Hidro, Kerajaan Sarawak harus bijak membuat keputusan segera bagi mengelakkan kredibiliti terhakis.

Masa untuk semua NGO dan rakyat Sarawak terus bergerak.

MOHD AZWANI ABDUL RANI
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak - HARAKAHDAILY 25/8/2016

Share on Myspace