Hamas kecam tangkapan oleh pihak berkuasa Palestin

HARAKAHDAILY | .

Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) dilaporkan telah mengecam 'serangan kejam' yang dilakukan pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) pada Isnin lalu.

Pasukan keselamatan itu melawan para penunjuk perasaan secara aman di luar ibu pejabat PBB di bandar Ramallah, lapor Palestinian Information Center (PIC).

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menyatakan bahawa serangan terhadap penunjuk perasaan di Ramallah, telah mengabaikan penderitaan tahanan di penjara-penjara Israel dan pelanggaran keselamatan PA terhadap warga di Tebing Barat.

Abu Zuhri juga merujuk insiden pembunuhan yang berlaku baru-baru ini di bandar Nablus, menyeru kerajaan nasional agar serius dalam menghadapi kemerosotan keselamatan di Tebing Barat.

Bahkan, pasukan keselamatan PA pada Isnin pagi telah menyerang penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam tindakan solidariti terhadap tahanan yang melakukan tindakan mogok makan, Bilal Kayed dan tahanan lain.

Para peserta juga menutup markas PBB dengan tindakan protes atas kegagalan untuk memikul tanggungjawab terhadap para tahanan Palestin, terutama para tahanan yang melakukan mogok makan di penjara-penjara Israel. (Islampos)

Share on Myspace