Selangor optimis perkasa aliran pendidikan agama

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Selangor optimis untuk terus menjana skop pendidikan negeri 2017 merangkumi aspek pembangunan madrasah integrasi tahfiz.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, jaminan tersebut bakal dizahirkan menerusi pembentangan Belanjawan 2017.
 
Katanya, untuk tempoh itu memang sudah ada persediaan bajet kerana sebelumnya, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ada maklumkan sejumlah peruntukan untuk pembangunan negeri 2017.

“Saya kira perkara ini juga tentu sekali melibatkan aspek pembangunan sekolah integrasi tahfiz seluruh negeri,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Sijangkang di pekarangan Masjid Jamiul Ehsani, hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2016 lalu, sejumlah RM6 juta diperuntukkan bagi tujuan pembangunan pendidikan aliran agama merangkumi prospek pendidikan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan Sekolah Agama Rakyat.

Sementara RM2 juta lagi diperuntukkan bagi Program Pendidikan Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat akan menjadikan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Share on Myspace