Selangor kekal penyumbang tertinggi KDNK negara

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sumbangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sektor pertanian Selangor mencatatkan purata 1.7 peratus bersamaan RM2.8 bilion sejak 2008 hingga 2013.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, jumlah itu termasuk pengeluaran sektor komoditi seperti getah dan kelapa sawit.
 
Beliau berkata, kedua-duanya merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada keseluruhan kawasan tanaman di negeri itu, lapor SelangorKini.

“Selangor juga menyumbang sekitar 5.2 peratus dari segi KDNK kepada negara berbanding Sabah yang menyumbang 17.8 peratus,” katanya ketika merasmikan majlis penutup Kursus Teknologi Tanaman Fertigasi di sebuah hotel di Shah Alam, kelmarin.

Katanya, Selangor kekal sebagai penyumbang tertinggi KDNK negara dengan sumbangan 24 peratus.

“Jumlah berkenaan termasuk sektor pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian dan lain-lain,” ujarnya.

Share on Myspace