Bantuan kemanusiaan Turki mula masuk Jarabulus, Syria

HARAKAHDAILY | .

TRAK bantuan kemanusiaan Turki mulai memasuki kota Syria utara, Jarablus pada Jumaat lalu berikutan dapat menguasai bandar itu daripada ISIS, kata seorang pegawai keselamatan.

Bulan Sabit Merah Turki mula mengedarkan makanan selepas ranjau darat dan bahan letupan lain telah dibersihkan dari sempadan antara Karkamis di Turki dan Jarablus.  

Pegawai yang tidak mendedahkan indentiti kerana sekatan itu berkata kepada Anadolu Agency bahawa Bulan Sabit Merah Turki mengedarkan bantuan untuk 5,000 orang.

Pejabat tersebut menambah bahawa angkatan bersenjata Turki dan pesawat dari pakatan antarabangsa yang dipimpin AS meneruskan operasi melawan ISIS di bandar Syria. [Islampos]

Share on Myspace