Pejuang Palestin tembak drone pengintip Israel

HARAKAHDAILY | .

PEJUANG Palestin dilaporkan telah menembak jatuh sebuah pesawat drone pengintip Israel semasa melakukan misi di bahagian timur laut Semenanjung Gaza yang dikepung.

Sumber-sumber tempatan mengatakan para pejuang Palestin mensasarkan pesawat tanpu pemadu itu Sabtu malam ketika terbang di atas kota Beit Hanoun, lapor berita Palestin Al-Aan.  

Para pegawai tentera Israel, bagaimanapun menolak laporan itu dengan menyatakan bahawa mereka tidak kehilangan pesawat.

Tentera Israel sering menggunakan drone di atas Jalur Gaza untuk memantau dan merakam unit tentera Palestin di kawasan yang disekat tersebut atau memulakan serangan udara terhadap sasaran yang dirancang. [Islampos]

Share on Myspace