Warga Makassar sambut gerakan Subuh berjamaah

HARAKAHDAILY | .

Ramai dan semarak seperti hari raya, gerakan solat Subuh berjamaah yang dibuat pemerintah Kota Makassar. Bagaimana tidak, beribu-ribu warga kelihatan penuh bersemangat hadir menunaikan solat subuh berjemaah di Pantai Losari, semalam.

Kegiatan yang dicanangkan Datuk Bandar Makassar, M Ramdhan Pomanto itu adalah yang kedua kalinya, akan tetapi pelaksanaan kali ini mengikuti imam di Masjid Amirul Mukminin atau yang lebih dikenali Masjid Terapung. Selain itu, jamaah yang hadir juga melibatkan berbagai kalangan, seperti dari unsur TNI dan Polri dengan seragam lengkap.

"Hadirnya unsur-unsur TNI-Polri kali ini agar semua orang boleh melihat bahawa kami kerajaan, TNI, dan Polri serta masyarakatnya sangat solid dan padat," ucap datuk bandar yang akrab dipanggil Danny.

Menurut Danny, pihaknya akan terus melakukan penambahbaikan pelaksanaan gerakan spiritual tersebut. Seiring masukan dari tokoh-tokoh agama dan alim ulama agar matlamat ibadah yang ingin dicapai menjadi lebih sempurna lagi ke depan.

"Selain ibadah, gerakan ini juga kita maksudkan untuk melatih disiplin melalui solat Subuh. Lebih dari itu ia juga akan terus terjalin kesepaduan di tengah masyarakat," jelasnya.

Selepas ini, tambah Danny, pihaknya juga akan mengarahkan pihak daerah agar kegiatan sama boleh dilaksanakan di masjid-masjid besar di kawasan masing-masing. Sekurang-kurangnya setiap satu kali atau dua minggu. Sementara pada peringkat daerah kecil, diharapkan dapat dilaksanakan satu kali setiap minggu. (Eramuslim)

Share on Myspace