Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa

RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 11 September 2016 (9 Zulhijjah) sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidiladha.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini sebentar tadi.

Katanya, Aidiladha akan disambut pada Isnin dan Selasa. Oleh sebab itu hari Ahad dijadikan cuti peristiwa.

“Pada masa yang sama hari Ahad adalah hari wukuf di Padang Arafah, jadi sama-samalah kita berpuasa pada hari berkenaan,”ujarnya.

Beliau turut mengingatkan umat Islam memanfaatkan Hari Raya Aidiladha sebaik mungkin mengikut ajaran agama Islam. – HARAKAHDAILY 30/8/2016

Share on Myspace