Jemaah haji solat hajat, baca yasin sempena merdeka

ASLANI M | .

MAKKAH: Solat hajat dan bacaan Yassin diadakan jemaah haji Malaysia di sini malam tadi sempena hari kemerdekaan negara.

Solat hajat diadakan di kesemua  maktab yang menempatkan jemaah haji Malaysia.

Sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-59 diadakan di seluruh tanah air hari ini.

Biarpun sibuk dan kepenatan berulang alik ke Masjidilharam setiap hari namun kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah tidak dilupakan.

Lebih sejuta jemaah haji dari seluruh negara sedang membuat persiapan menyambut kehadiran hari wukuf.

Selama 11 hari lagi jutaan jemaah haji akan bergerak ke Padang Arafah bagi menyempurnakan rukun haji.

Sementara itu sebahagian jemaah Malaysia menyertai acara ziarah yang dikendalikan muasasah Maktab 89 Hotel Land Premium.

Mereka dibawa melawat Gua Thur, Padang Arafah dan Mina bagi mengenali lebih dekat tempat ibadat haji tersebut. – HARAKAHDAILY 31/8/2016

Share on Myspace