Pemuda PAS Perak lancar kempen sokong RUU 355

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .

IPOH: Sokongan anak muda terhadap usaha pindaan Rang Undang-Undang Akta 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak pernah goyah.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri berkata, pemuda PAS Perak telah mengatur dan menyusun beberapa program penerangan dibawah seliaan Lajnah Penerangan bagi menjelaskan keperluaan pindaan Akta 355 di Parlimen.

Kempen sokongan RUU 355 Pemuda PAS Perak telah disempurnakan oleh beliau ketika program Liqa' Fikri Bulanan Dewan Pemuda PAS Perak di Tambun.

"Seruan dan sokongan usaha murni ini perlu mendapat perhatian semua pihak bagi memastikan intitusi undang-undang Islam mampu berfungsi dengan baik sekaligus dinikmati oleh orang Islam.

"Kefahaman yang dimomokkan media arus perdana dengan mendakwa pindaan ini atas dasar kepentingan politik adalah satu tindakan dangkal dan tidak berintegriti.

"Anak muda perlu menjadi tulanb belakang menyampaikan kepada masyarakat aspirasi mulia ini agar Mahkamah Syariah dapat berperanan mengikut lunas undang-undang Islam sebenar,"  ujar beliau di Madrasah Darussalam, dekat sini, semalam.

Beliau mengharapkan agar semua ahli Parlimen akan memberikan sokongan untuk meminda Akta 355 kerana ianya menjadi tanggungjawab selaku seorang Muslim yang berpaksikan di atas syahadah yang sama. - HARAKAHDAILY 2/9/2016

Share on Myspace