Turki akan agih daging korban ke 130 negara

HARAKAHDAILY | .

Ribuan daging haiwan korban dari Turki pada Idul Adha ini akan disumbangkan hingga ke 130 negara.

Timbalan Presiden Turki, Abdurrahman Cetin berkata bahawa 225,000 haiwan akan dikorbankan sepanjang Idul Adha.

"125,000 dari 225,000 haiwan korban akan disembelih di luar negeri dan diedarkan kepada masyarakat yang memerlukan di 130 negara," kata Cetin, lapor World Bulletin, semalam.  

Cetin menambah bahawa 100,000 haiwan lain akan dikorbankan di Turki, kemudian diedarkan kepada beribu-ribu orang di seluruh negara itu terutama di kawasan di mana pelarian Syria tinggal.

Menurut pegawai tempatan, mereka yang ingin mengambil bahagian dalam kempen itu harus membayar dana kira-kira 500 lira Turki (kira-kira $169 ) untuk korban di luar negara, sementara untuk korban di dalam negara menelan kos 690 lira Turki (kira-kira $230). [Islampos]

Share on Myspace