Jordan buka sekolah untuk anak-anak pelarian Syria

HARAKAHDAILY | .

Lebih daripada 90,000 kanak-kanak pelarian Syria di Jordan tidak dapat bersekolah pada tahun 2015 lalu. Hal ini mendorong amaran akan munculnya "generasi yang hilang" sebagai akibat dari konflik yang telah terjadi selama lima tahun Syria.

Namun kini berubah, sekurang-kurangnya di Jordan, lapor Khaleej hari ini.

Dibantu oleh pembiayaan antarabangsa, pemerintah Jordan berjanji untuk memberikan ruang bagi semua anak-anak pelarian Syria untuk bersekolah mulai minggu ini. Bantuan itu akan menambah masa belajar hingga petang dan menggaji beribu-ribu guru.

"Pada titik tertentu, menjadi hampir mustahil bagi seorang anak untuk mewujudkan potensi, jika mereka keluar dari sekolah yang lama," kata Robert Jenkins, perwakilan Jordan dari UNICEF, badan perlindungan anak-anak PBB.

"Program kembali ke sekolah tidak hanya akan mempunyai kesan yang besar pada anak-anak, namun akan memberikan kesan positif bagi Jordan dan pembangunan semula potensi masa depan Syria," tambahnya. [Islampos]

Share on Myspace