Pemimpin Jamaat-e-Islami Bangladesh dihukum gantung

HARAKAHDAILY | .

BANGLADESH akhirnya menggantung Mir Quasem Ali, 63, seorang bekas ahli perniagaan terkemuka dan salah seorang pemimpin Jamaat-e-Islami, pada Sabtu (3/9/2016).

Beliau digantung atas tuduhan melakukan jenayah perang 45 tahun yang lalu, semasa Perang Kemerdekaan Bangladesh 1971.

Proshanto Kumar Banik, pengawas senior Penjara Kashimpur, menegaskan kepada media bahawa Mir Quasem digantung pada pukul 10:30 malam waktu tempatan.  

Keselamatan telah diperketatkan di sekitar penjara daerah Gazipur Kashimpur, dekat ibu kota Dhaka, lapor Anadolu Agency.

Sebelum ini, pada 30 Ogos, Mahkamah Bangladesh menolak rayuan Mir Quasem untuk mengkaji semula hukuman mati terhadap dirinya.

Setelah beberapa usahanya gagal, Mir Quasem diminta mencari pengampunan daripada presiden, namun beliau menolak untuk mengambil langkah itu.

Pihak berkuasa penjara mulai mempersiapkan pelaksanaan setelah beliau memilih untuk tidak mencari pengampunan. [Islampos]

Share on Myspace