Ulama perlu cergas, fahami iklim politik

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .

HULU TERENGGANU: Tanggungjawab ulama mesti mewarisi perjuangan Rasulullah SAW melalui wadah Islam bagi membina manusia dengan penekanan tarbiah, pembentukkan syakhsiah dan pendidikan.

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husain Awang berkata demikian ketika merasmikan Tamrin Mahabbah Ulamak Pelapis 2016 di sebuah resort di Kuala Berang, kelmarin.

Jelas beliau, ulama perlu cergas wajar memahami iklim politik seperti perubahan pendekatan sama ada di peringkat antarabangsa dan tanahair untuk diselarikan serta melihat kesesuaian diaplikasikan atau sebaliknya.

"Pembinaan generasi untuk meneruskan perjuangan Rasulullah SAW bagi melahirkan 7 golongan yang mendapat naungan Allah SWT," ujarnya.

Tambah beliau, antaranya pemimpin yang adil bagi meneruskan sunnah perjuangan serta menjadi kesucian Islam agar mencetak jiwa pemimpin berlatarkan kefahaman Islam hakiki.

"Mencetuskan golongan pemuda yang hatinya berpaut di masjid kerana ikatan hati mereka sentiasa mendambakan redha Allah SWT," ujarnya lagi.

Menurutnya, segala tindakan dan perancangan dipasakkan konsep ubudiah sekaligus menguatkan ikatan akidah yang sahih.

Beliau mengharapkan agar Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis di setiap peringkat untuk terus memanfaatkan kelebihan masing-masing demi perjuangan Islam sehingga masyarakat dapat mengaplikasikan dalam kehidupan. - HARAKAHDAILY 4/9/2016

Share on Myspace