Mujahid jangan guna alasan teknikal tolak RUU355

HARAKAHDAILY | .

KETIKA umat Islam tidak sabar-sabar menanti perbentangan RUU355 di parlimen oleh Presiden PAS, PAN pula kelihatan gusar dan resah dengan penerimaan dan sokongan baik terhadap usaha pemerkasaan Undang-undang Syariah ini.

Sikap PAN ini paling ketara apabila mempertikaikan sokongan Mufti WP dan saranan Sohibus Samahah untuk ahli Parlimen menyokong usaha baik ini.

Alasan teknikal digunakan untuk tidak menyatakan sokongan terhadap saranan ini.

Ini amat berbeza apabila DAP menyatakan tentangan apabila cadangan ini dimulakan. Sedangkan ketika itu, hanya tajuk cadangan sahaja yang diterima, isi kandungan belum ada maklumat langsung!

Kenapa PAN berdiam diri dan tidak menegur DAP untuk menunggu perbentangan sebelum menyatakan tentangan keras mereka?

Selepas isu ini hangat dibincangkan, pelbagai forum dan bengkel diadakan. Presiden PAS sendiri telah memberi penerangan secara langsung mengenai cadangan ini. Sebagai seorang yang bermaklumat, tidaklah hairan Mufti WP mempunyai maklumat dan penerangan yang cukup sebelum menyatakan sokongan dan saranan beliau.

Alasan dangkal PAN memalukan dan menyerlahkan wajah sebenar mereka.

Pemuda PAS Sarawak dalam usaha mendekati Ahli Parlimen Sarawak bagi memberi penerangan dan berdialog mengenai usul RUU355 ini.

Pemuda PAS Sarawak juga menghargai sikap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing yang bersikap matang dalam menyatakan usul RUU355 ini perlu diberi peluang dibentang sebelum ditentang keras semua pihak termasuk DAP. Sikap ini lebih terpuji berbanding sikap beberapa MP muslim yang takut-takut menyatakan sikap mereka.

Pemuda PAS Sarawak menasihatkan PAN supaya lebih matang dan berhenti mengelirukan umat Islam. Berhentilah menjadi jurucakap DAP. – HARAKAHDAILY 5/9/2016

Share on Myspace