Idea masjid 'merpati' di Kota Bharu ada di Makkah

ASLANI M | .

MAKKAH: Idea arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mewujudkan masjid "merpati" di Kota Bharu rupa-rupanya banyak terdapat di sini.

Kita boleh temui banyak masjid kecil di lokasi berdekatan. Jaraknya tidak sampai 100 meter antara satu sama lain.

Di Daerah al-Misfalah terdapat empat masjid di kawasan berdekatan termasuk Masjid An-Nur dan masjid Pakistan.

Idea tersebut pernah diimpikan Tok Guru untuk wujud banyak masjid kecil di pusat bandar Kota Bharu.

Hasrat itu kini menghampiri kenyataan apabila sehingga kini wujud banyak masjid di bandar Kota Bharu.

Antaranya surau di Dewan Zulkifli Muhamad di Pejabat PAS Kelantan, surau Bazar Tuan Padang, Masjid Jami', Masjid Baroah Pasar Siti Khatijah dan Masjid Muhammadi.

Selain itu penggunaan pembesar suara di tengah bandar Kota Bharu juga hampir serupa dengan corong pembesar suara di Masjidilharam.

Pembesar suara dipasang di segenap laluan menghala ke Masjid al Haram yang memperdengarkan bacaan al-Quran ketika solat dan luar waktu solat.

Konsep tersebut menepati ciri-ciri  Kelantan sebagai Serambi Makkah. – HARAKAHDAILY 5/9/2016

Share on Myspace