Taman Tugu didahulukan, kesihatan rakyat dikorbankan

USTAZ SHAHRIL AZMAN ABDUL HALIM | .

Seawal tahun 2016 peruntukkan untuk Kementerian Kesihatan dipotong antara RM250 juta hingga RM300 juta.

Potongan ini memberi kesan kepada kos, lawatan luar negara untuk menghadiri persidangan, latihan dan mesyuarat akan terjejas bagi para penyelidik.

Sebagai contoh, para penyelidik tidak dapat menjalankan penyelidikan berhubung virus Zika yang membahayakan rakyat hari ini.

Pendidikan dan kesihatan sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan. Malangnya, kedua-dua sektor ini sedang berhadapan dengan potongan bajet.

Pada mulanya pemotongan peruntukan ini berlaku di sektor pendidikan, dan kini sektor kesihatan pula menghadapi masalah sama.

Apakah keutamaan sebenar dalam pemikiran pemimpin BN pada hari ini?

Kerajaan persekutuan sepatutnya memotong berbillion peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Perdana Menteri bagi menaikkan jumlah peruntukan dan memperbaiki keberkesanan sektor pendidikan serta kesihatan.

Amat mengarut dan tidak masuk akal untuk kerajaan persekutuan memotong bajet bagi sektor kesihatan dan pendidikan tetapi pada masa sama, perdana menteri melancarkan projek Taman Tugu yang dianggarkan berjumlah RM650 juta.

Projek itu hanya membazirkan dana awam dan menampakkan seolah-olah Taman Tugu lebih penting berbanding kualiti kesihatan dan tahap pendidikan rakyat. - HARAKAHDAILY 8/9/2016

Penulis adalah AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat Sesi 2015/2017.

Share on Myspace