Atasi kilang tolak hasil padi, potongan melampau

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria memohon campur tangan kerajaan yang segera sekurang-kurangnya mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pesawah di kawasan Semanggol dan Selinsing.

Ini ekoran penderitaan hampir 2,000 orang pesawah di kawasan dalam parlimen Bagan Serai itu yang hilang punca pendapatan akibat daripada tindakan kilang menolak pembelian hasil padi.

Beliau difahamkan jika ada hasil padi yang diterima oleh kilang tetapi potongan yang melampau sehingga 75 peratus.

"Kerajaan hendaklah menetapkan had pemotongan basah tidak lebih daripada 17 peratus," ujarnya kepada Harakahdaily.

Di samping itu, beliau memohan kerajaan memberi bantuan sara hidup sekurang-kurang RM500 sebulan kepada pesawah yang terlibat.

Razman dimaklumkan, akibat daripada situasi itu pesawah bukan sahaja hilang punca pendapatan sara hidup ditambah pula dengan hutang kos penanaman yang tidak mendapat pulangan.

Para pesawah juga telah membuat laporan di Balai Polis Semanggol sebagai rekod terhadap situasi yang mereka hadapi itu. - HARAKAHDAILY 8/9/2016

Share on Myspace