Rakyat Kelantan diseru jayakan World #QuranHour

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, menyeru masyarakat di negeri ini menyertai program World #QuranHour yang bakal berlangsung esok.

Katanya, program berkenaan kebetulan disambut pada memperingati hari wukuf di Padang Arafah, yang juga jatuhnya pada esok.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah Jumaat, di Medan Ilmu, di sini semalam.

Katanya, kerajaan negeri  menyambut baik program berkenaan dengan aktiviti membaca al Quran beramai-ramai.

“Kerajaan negeri juga menyediakan dua tempat untuk orang ramai memilih program berkenaan yang diadakan di peringkat negeri sama ada di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV atau  di Masjid Muhammadi.

“Kebetulan pada 11 September bersamaan 9 Zulhijjah, kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa, jadi marilah kita sama-sama memeriahkan program berkenaan,” ujarnya.

Menurut beliau, penganjuran tersebut selaras dengan komimen kerajaan negeri yang tidak pernah jemu memartabatkan al-Quran dan Rasulullah SAW di Kelantan.

 "Saya menyokong 100 peratus program tersebut dan kerana itu, saya meminta semua umat Islam di negeri ini menyertai program berkenaan.

Selain membaca Al Quran, beliau menambah, umat Islam di negeri itu digalakan berpuasa sunat pada hari berkenaan.

Katanya, ianyajuga merupakan amalan yang digalakkan Rasulullah SAW. - HARAKAHDAILY 10/9/2016

Share on Myspace