Jemput hadir Munajat Perdana RUU malam ini

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Orang ramai dijemput hadir ke program Munajat Perdana Rakyat Kelantan Menyokong RUU 355 malam ini.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Mohd Ashari Mamat, berkata majlis berkenaan akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bermula solat Maghrib.

Katanya, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan hadir pada majlis berkenaan malam ini.

“Sehubungan itu saya menyeru rakyat Kelantan seluruhnya hadir pada majlis ini untuk sama-sama bermunajat.

“Moga Allah permudahkan urusan kita untuk melaksanakan RUU 355,”ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah serta anggota-anggota exco kerajaan negeri.

Katanya, jamuan rakyat akan diadakan pada pukul 6.00 petang. – HARAKAHDAILY 16/9/2016

Share on Myspace