Air mata tumpah di hadapan Kaabah

HARAKAHDAILY | .

Kesedihan tidak dapat disembunyikan. Air mata tumpah di hadapan Kaabah tidak dapat memadam kesedihan perginya seorang guru, sahabat dan pemimpin yang amat dikasihi.

Perjuangan perlu diteruskan. Amanah semakin berat. Terasa mutakhir ini parti kehilangan satu demi satu tokoh yang banyak berjasa dan menjadi rujukan.

Beliau pergi di saat pelbagai fitnah dilempar kepada beliau. Beliau yang terkenal dengan seorang yang tabah tidak mempedulikan apa orang kata, yang beliau takut ialah melanggar apa yang Allah kata (wahyu).

Perjuangan mesti diteruskan. Kesedihan tidak boleh dibiar lama sehingga melemahkan semangat juang di saat parti berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.

Kepada seluruh pimpinan dan ahli parti. Jadikan kehilangan ini sebagai pembina semangat bagi kita mengikuti jejak istiqamah beliau sehingga akhir hayat. Perkasakan ukhuwah jamaah.  Mantapkan gerak kerja parti. Susun semua kekuatan yang ada. Dengar dan patuh arahan Presiden dan pimpinan parti di waktu susah dan senang selagi ia tidak bercanggah dengan syarak.

Ingatlah perjuangan  bukan hanya untuk dunia yang sementara. Ia bukan hanya sekadar  Putrajaya. Ia jauh sehingga kita bertemu dengan Pencipta dalam keadaan Allah redha kepada kita dan tentunya kita redha kepada Allah. TG Dr Haron Din dan pimpinan sebelumnya telah membuktikannya. Akan sampai nanti giliran kita pula.

Semoga Allah cucuri rahmatNya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Masjidil Haram.  
Jumaat, 16hb Sept 2016 - HARAKAHDAILY 16/9/2016

Share on Myspace