Turki terima pelarian paling ramai

HARAKAHDAILY | .

SEORANG pegawai PBB menyatakan bahawa Turki menampung lebih banyak pelarian berbanding negara lain di dunia pada separuh pertama tahun lalu, lapor Anadolu Agency.

Penegasan itu disampaikan pada sidang akhbar Khamis lalu di Rabat, ibu negara Morocco yang diadakan menjelang Sidang Kemuncak PBB mengenai pelarian dan migran yang dijadualkan akan diadakan Isnin depan di New York.

"Turki masuk dalam puncak senarai negara-negara di seluruh dunia yang menerima pelarian," ungkap Fathi al-Dababi, Pengarah Pusat Maklumat PBB di Maghribi.

"Data PBB menunjukkan bahawa Turki mengambil lebih dari 1,838,000 pelarian pada semester pertama tahun lalu," tegas al-Dababi.  

"Turki diikuti oleh Pakistan, yang mengambil kira-kira 1.5 juta pelarian selama tempoh yang sama disusul Lubnan, Iraq, Ethiopia, Jordan, Kenya, Uganda, Chad dan Sudan," tambahnya.

Menurut pegawai PBB, 24 orang di seluruh dunia berhijrah dari negara asal mereka masing-masing seminit.

Al-Dababi juga menunjukkan tahap kematian yang tinggi di antara para migran dan pelarian, mencatatkan bahawa pelarian sering terdedah kepada bencana perdagangan manusia dan bahaya lain.

Turki ketika ini menampung lebih daripada tiga juta pelarian Syria dan Iraq yang melarikan diri dari negara asal mereka kerana konflik yang sedang berlangsung di sana. [Islampos]

Share on Myspace