Turki bina 8,985 masjid dalam tempoh 10 tahun

HARAKAHDAILY | .

Hampir 9,000 masjid telah dibina selama satu dekad terakhir di Turki, demikian menurut data statistik yang dikeluarkan oleh Direktorat Jabatan Agama Turki (Diyanet).

Sebanyak 8,985 masjid dibina antara 2005 dan 2015 di Turki, jumlah masjid terbanyak dilaporkan dibina di wilayah Anatolia Tengah dari Konya.

Ada 3,134 masjid di Konya, diikuti oleh wilayah utara Samsun dengan 2,610 masjid. Wilayah dengan jumlah masjid terbanyak ketiga adalah di wilayah Laut Hitam Kastamonu, dengan 2,610 masjid.  

Ankara, wilayah selatan Antalya, wilayah Laut Hitam Ordu dan Trabzon dan wilayah tenggara Diyarbakir mempunyai masjid dengan jumlah lebih daripada 2,000.

Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Diyanet, wilayah timur Tunceli mempunyai sekurang-kurangnya 92 masjid.

Sementara wilayah barat Yalova, wilayah selatan Kilis, wilayah timur Iğdır, wilayah timur laut Ardahan dan wilayah barat laut Kirklareli menjadi wilayah dengan jumlah masjid yang sedikit.

Yalova mempunyai 162 masjid, Kilis mempunyai 216, Iğdır mempunyai 250, Ardahan mempunyai 275 dan Kirklareli mempunyai 296 masjid. (Islampos)

Share on Myspace