PRU14: Berjasa sertai Gagasan Sejahtera

NAZIRAH NASRUN | .

GOMBAK: Presiden Berjasa Parti Koperasi, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut menyuarakan hasrat menyertai Gagasan Sejahtera menjelang PRU14.

Perkara itu dinyatakan dalam satu majlis di Restoran De Maju, One Sierra Selayang, Batu Caves semalam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hadir menerima watikah kerjasama blok pembangkang ketiga Gagasan Sejahtera tersebut.

Turut hadir menyaksikan penyerahan watikah itu adalah Setiausaha Agung Parti Ikatan Malaysia (IKATAN), Tengku Ahmad Mudzaffar Tengku Zaid. - HARAKAHDAILY 24/9/2016                        

Share on Myspace